Cari:
Respons AS terhadap DPRK Isytihar Perang
2013-03-31 15:35:48 CRI Cetak

Setelah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengisytiharkan hubungannya dengan Republik Korea dalam keadaan berperang semalam, Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa pihaknya akan menangani amaran terbaharu itu secara bersungguh-sungguh.

Jurucakap Majlis Keamanan Negara White House, Caitlin Hayden berkata, AS telah memerhatikan perisytiharan DPRK yang "tanpa sifat membina" itu , manakala mengekalkan interaksi dengan sekutunya, iaitu Republik Korea. Tambah beliau, sudah biasalah DPRK mengemukakan ucapan dan ancaman yang suka berperang seumpama itu.

Walau bagaimanapun, media AS menumpu kepada ancaman Kim Jong-un tentang menggunakan senjata nuklear terhadap AS. Peluru berpandu jarak jauh DPRK dianggap tidak berkemampuan menyerang wilayah AS, tambahan pula, DPRK belum mampu memasang bom nuklear pada peluru berpandu jarak jauh dari segi teknikal, Maka, ancaman itu belum dapat membahayakan pulau-pulau di Lautan Pasifik, jangankan tanah besar AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China