Cari:
China Sentiasa Bersama-sama dengan Negara Membangun
2013-04-01 14:54:15 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke tiga negara Afrika membuktikan bahawa China sentiasa berganding bahu dengan pelbagai negara membangun. Demikian dinyatakan oleh pakar kajian isu antarabangsa Nigeria, Abdullahi Sallau Moddibo.

Menurut beliau, sebelum ini, Afrika memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan dan mendapatkan bantuan dari Eropah dan Amerika, namun tidak dapat menyelesaikan kemiskinan secara tuntas. Kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan Afrika dalam bidang politik, ekonomi dan budaya mencapai kemajuan yang besar. China merupakan negara yang bertanggungjawab, kerana selalu menaruh perhatian kepada nasib Afrika. Selain itu, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China juga mendukung Afrika dalam hal-ehwal antarabangsa. Dalam lawatan kali ini, Xi memperkenalkan pengalaman kemajuan dan pembangunan China dan mengumumkan beberapa langkah sokongan terhadap Afrika yang menyemarakkan semangat rakyat di benua tersebut. Afrika akan mencapai masa depan yang baik dengan bantuan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China