Cari:
Skuad Armada China Berlatih di Pasifik Barat
2013-04-01 15:38:58 CRI Cetak

Satu skuad gerak pantas di bawah Armada Laut Selatan China yang terdiri daripada empat buah kapal perang mengadakan latihan menembak menggunakan peluru di Pasifik Barat petang semalam. Latihan tersebut bertujuan memeriksa fungsi sistem persenjataan dan taraf bertempur skuad berkenaan.

Berdasarkan kelaziman antarabangsa dan tentera laut pelbagai negara, armada China berhak menetapkan kawasan latihan sementara di lautan awam. Armada China akan terus mengadakan latihan antikeganasan, antilanun dan pemeliharaan kepentingan maritim di Pasifik Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China