Markas Tentera AS ke Republik Korea (RoK) mengumumkan semalam, dua buah jet pejuang kalis radar F-22 telah tiba di RoK untuk melibatkan diri dalam latihan tentera bersama "Foal Eagle".
Dua buah jet pejuang F-22 tersebut dikerah dari Pangkalan Tentera Udara Okinawa, Jepun. Sebelum ini, F-22 yang amat canggih pernah dikerah untuk latihan tentera bersama di RoK pada Julai 2010.
Setakat ini, AS telah menghantar pesawat pengebom B-52, kapal selam nuklear "Cheyenne", pesawat pengebom kalis radar B-2 dan jet pejuang F-22 untuk melibatkan diri dalam latihan tentera kali ini. Langkah tersebut bertujuan untuk menghadapi ancaman serangan DPRK baru-baru ini.








