Presiden China, Xi Jinping hari ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhimpunan Agung PBB ke-67, Vuk Jeremić, Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde dan Presiden Yayasan Bill & Melinda Gates, Bill Gates.
Ketika bertemu dengan Vuk Jeremić, Xi menegaskan, PBB memainkan peranan penting bagi memelihara kedamaian dunia, menggalakkan pembangunan damai dan saling menguntungkan. China pula tonggak penting bagi memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan bersama. China komited memelihara Piagam PBB dan kepelbagaian dunia, menyokong penyelesaian damai konflik antarabangsa dan dialog antara pelbagai tamadun.
Ketika bertemu dengan Christine Lagarde, Xi menegaskan bahawa ekonomi dunia berada dalam fasa pengubahsuaian dan kurang stabil. Masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama untuk mengatasi kesukaran pada masa ini.
Presiden Xi juga menyanjung tinggi kerjasama antara pelbagai jabatan China dengan Yayasan Bill & Melinda Gates dalam usaha pencegahan AIDS dan batuk kering, kawalan rokok serta penyelidikan perubatan biologi.