Syarikat Pakaian Sukan Qiaodan China memfailkan saman terhadap bintang sukan bola keranjang terkenal AS, Michael Jordan berikutan tuduhan dan dakwaan Jordan sebelum ini, yang telah menjejaskan reputasi syarikat itu dengan teruk.
Menurut syarikat tersebut, tindakan menyaman Jordan adalah untuk melindungi hak dan kepentingan syarikat itu melalui undang-undang.
Sementara itu, syarikat berkenaan juga menegaskan bahawa mereka amat menghormati pencapaian cemerlang Jordan dalam sukan bola keranjang, dan tidak mengetepikan kemungkinan untuk berdamai dengan beliau.
Nama Jordan dibunyikan sebagai Qiaodan dalam bahasa Mandarin.