Cari:
Pameran Canton ke-113 Dirasmikan
2013-04-15 13:59:21 CRI Cetak

Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-113 dirasmikan di Guangzhou hari ini.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi global yang semakin pulih, dan produk buatan China menghadapi cabaran besar dari dalam dan luar negeri, pelbagai langkah diambil untuk membantu syarikat China meningkatkan kelebihan sendiri sempena pameran tersebut.

Langkah pertama adalah melalui platform e-niaga Pameran Canton yang beroperasi bermula hari ini. Dengan wujudnya platform tersebut, informasi berkenaan dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Langkah kedua penganjuran pertandingan "Hadiah Reka Cipta Produk Eksport". Tujuan utama aktiviti tersebut adalah untuk meningkatkan taraf reka cipta syarikat China bagi menggalakkan penaiktarafan perdagangan luar.

Langkah ketiga pula adalah menggalakkan para peserta pameran mengundang pembeli untuk menyertai pameran berdasarkan keperluan masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China