Pemain tenis China, Li Na terpilih antara seratus tokoh yang paling berpengaruh pada tahun 2013 yang diumumkan oleh majalah Times AS semalam.
Li Na dicalonkan oleh bintang tenis AS, Chris Evert. Menurut beliau, sejak Lina menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Perancis pada tahun 2011, sukan tenis berkembang pesat di China dan menyebabkan bilangan pemain di negara itu mencatat 15 juta orang. Di samping itu, 116 juta penonton menonton pertandingan akhir Li Na di Perancis melalui televisyen, suatu yang tidak berlaku sebelum kejayaan Li Na. Kini, pengaruhnya tidak terhad dalam acara tenis sahaja.
Li Na kini menduduki tempat ke-5 dalam ranking tenis di dunia dan merupakan pemain terbaik di Asia.