Cari:
China Keluar Catatan Hak Asasi Manusia A.S.
2013-04-21 11:43:51 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan Catatan Hak Asasi Manusia A.S. 2012, sebagai membalas Laporan Negara Mengenai Amalan Hak Asasi Manusia 2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara A.S. baru-baru ini.

Menurut dokumen tersebut, kerajaan AS yang sentiasa memandangkan diri sebagai "pembela hak asasi manusia", sekali lagi membuat kritikan yang tidak berasas terhadap keadaan hak asasi manusia di lebih 190 buah negara termasuk China, tanpa menyebut sedikit pun masalah negaranya sendiri. Pada hakikatnya, masalah hak asasi manusia di negara itu amat serius.

Dokumen itu mendedahkan masalah hak asasi manusia di AS dari enam aspek, iaitu keselamatan nyawa dan jaminan persendirian, hak awam dan politik, hak ekonomi dan sosial, diskriminasi ras, hak wanita dan kanak-kanak, serta pencabulan terhadap hak asasi manusia negara lain.

Ini merupakan tahun ke-14 jabatan tersebut mengeluarkan catatan hak asasi manusia A.S. secara berturut-turut sebagai balasan kepada laporan A.S. yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China