Mesyuarat Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2013 yang berlangsung selama dua hari di Surabaya, Indonesia berakhir semalam. Para peserta mengeluarkan kenyataan bersama untuk terus menyokong sistem perdagangan pelbagai hala, mendorong pewujudan matlamat Bogor, menggalakkan pertumbuhan saksama dan berterusan di samping mendorong kesalinghubungan.
Pengerusi sidang kali ini, Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan dalam sidang media ketika membentangkan hasil sidang tersebut menyatakan, Mesyuarat Peringkat Menteri ke-9 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) akan diadakan di Pulau Bali tahun ini. Anggota APEC bersetuju menjadikan isu termasuk kemudahan perdagangan, pertanian dan keutamaan dalam pembangunan dan kepentingan negara yang paling mundur sebagai topik sidang WTO di Bali nanti, serta berjanji akan menggalakkan rundingan mengenai topik tersebut dijalankan dengan sikap yang fleksibel supaya sidang WTO di Bali itu mencapai persepakatan.