168 orang anggota Diet Jepun menziarahi Yasukuni Jinja secara kolektif pagi tadi. Ini merupakan kali pertama lebih daripada 100 orang anggota Diet Jepun menziarahi Yasukuni Jinja secara serentak sejak tahun 2005. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah memberikan sumbangan peralatan pemujaan atas nama Perdana Menteri kepada Yasukuni Jinja sebelum ini.
Beberapa akhbar Jepun mengeluarkan rencana yang mengkritik tindakan Shinzo Abe dan anggota kebinetnya. Tindakan itu dianggap tidak munasabah kerana menjejaskan usaha kerajaan untuk memperbaiki hubungan dengan China sehingga menyebabkan kepentingan negara sendiri turut terjejas.








