Republik Korea membantah tindakan 168 orang anggota Diet Jepun menziarahi Yasukuni Jinja semalam.
Jurucakap Kementerian Luar Republik Korea, Cho Tae-young berkata pihaknya mengekalkan dasar luar yang "tidak bertolak ansur" terhadap isu Yasukuni Jinja. Yasukuni Jinja merupakan perkuburan penjenayah Perang Dunia II yang pada hakikatnya mengagungkan pencerobohan Jepun itu. Kerajaan Jepun perlu meneliti kesan isu Yasukuni Jinjia terhadap rakyat di pelbagai negara jirannya.
Menyentuh tentang Menteri Luar Republik Korea membatalkan lawatan ke Jepun berikutan anggota Diet Jepun menziarahi Yasukuni Jinja, jurucakap itu menggesa Jepun insaf atas kesalahan daripada perkara ini.








