Cari:
Respons terhadap Ucapan Setiausaha Pertahanan AS berhubung Pulau Diaoyu
2013-05-01 15:02:14 CRI Cetak

Ucapan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel berhubung pulau Diaoyu tidak berasas. Negara yang mengambil tindakan sepihak atau ancaman adalah Jepun, bukan China.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai semalam berikutan ucapan Hagel ketika bertemu dengan Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera kelmarin yang berbunyi, AS mengesahkan pulau berkenaan dikawal Jepun, menentang sebarang tindakan sepihak atau ancaman yang menjejaskan kuasa berkenaan Jepun, dan maklumat seumpama itu telah disampaikan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Dempsey kepada China dalam tempoh lawatannya ke negara terbabit.

Cui Tiankai berkata, ucapan Hagel tersebut tidak berasas. Pihak berkenaan diseru berwaspada terhadap isyarat negatif yang muncul dalam arena politik Jepun kebelakangan ini, seperti ziarahan anggota parlimen ke Yasukuni Jinja, ucapan ahli politik bahawa pencerobohan masih belum ditakrifkan. Kegiatan Jepun tersebut membelakangi keinginan dan kepentingan masyarakat antarabangsa dan rakyat negaranya, dan seumpama "mengangkat batu menjatuhkannya di atas kaki sendiri".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China