Ekspo Makanan Halal dan Barang-Barang Berkaitan Antarabangsa Qinghai China 2013 dirasmikan di bandar Xining pagi semalam. Syarikat dari 50 buah negara membawa lebih 200 jenis produk menyertai ekspo berkenaan yang paling besar dalam sejarahnya.
Gabenor Qinghai, Hao Peng berkata, Ekspo Makanan Halal dan Barang-Barang Berkaitan Antarabangsa Qinghai China berkembang semakin besar dan semakin terkenal di arena antarabangsa.
20 syarikat makanan halal dari Malaysia menyertai ekspo kali ini.








