Cari:
AS Tidak Berpihak dalam Isu Pulau Diaoyu
2013-05-02 14:57:49 CRI Cetak

AS tidak menyebelahi mana-mana pihak berhubung isu kedaulatan Pulau Diaoyu. Demikian respons Jabatan Negara AS berikutan kritikan Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Cui Tiankai terhadap ucapan Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel yang dilihat sebagai menjerat leher sendiri. Menurut AS pula, ucapan Hagel tersebut adalah untuk mengelakkan daripada tindakan yang meruncingkan situasi yang membabitkan China dan Jepun.

AS menyeru pihak yang terbabit menyelesaikan perselisihan secara damai dan menegaskan pihaknya mengekalkan dasar yang berkecuali.

Cui Tiankai pula kelmarin berkata, tindak tanduk AS menentukan sama ada negara itu bersikap berkecuali atau tidak dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China