Armada Donghai Angkatan Laut China yang terdiri daripada tiga buah kapal perang belayar menuju ke Pasifik Barat dari pelabuhan ketenteraan provinsi Fujian semalam untuk mengadakan latihan meronda dan pertempuran di perairan tersebut.
Panglima pangkalan armada Donghai China, Chen Lin berkata, latihan itu bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pertempuran armada kapal frigat di laut dan kecekapan sistem maklumat.