Cari:
AS Patut Hentikan Spekulasi
2013-05-08 14:53:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Agensi Berita Xinhua menerbitkan rencana pada Isnin lalu yang menyebut bahawa laporan berkaitan ketenteraan dan keselamatan Republik Rakyat China yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS mengandungi banyak kenyataan yang memfitnah pasukan tentera China dan banyak kandungan yang bercanggah dengan diri sendiri. AS patut menghentikan spekulasi yang tidak berasas itu.

Menurut rencana itu, sejak tahun 1978, kerajaan China mengumumkan perbelanjaan pertahanan kepada seluruh dunia setiap tahun. China menyertai perjanjian ketelusan belanjawan ketenteraan PBB sejak tahun 2007. Hal ini membuktikan kerajaan China komited meningkatkan ketelusan ketenteraan dan sikap positif serta kepercayaan ketenteraan dengan pelbagai negara dunia.

Rencana itu menyebut, AS merupakan satu-satunya negara yang mengaku melancarkan perang internet terhadap negara lain, dan China merupakan mangsa perang digital itu.

Laporan AS itu menyatakan, negara itu ingin menjalinkan hubungan ketenteraan yang sihat, stabil dan boleh dipercayaan dengan China, di samping memfitnah dan mengutuk tentera China. Tindakan yang bercanggahan itu tidak berfaedah bagi mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China