Cari:
Isu Hamba Seks: China Gesa Jepun Terima Hakikat Sejarah
2013-05-17 12:35:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengecam keras komen tokoh politik Jepun yang mengatakan bahawa perhambaan seks perlu untuk mengekalkan disiplin tentera dalam Perang Dunia II, selain menuntut negara itu menerima hakikat sejarah bagi mendapat kepercayaan daripada negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media di Beijing semalam.

Menurut Hong, perhambaan seks merupakan jenayah yang dilakukan oleh tentera Jepun dalam Perang Dunia II, juga isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan maruah para mangsa.

Tegas beliau, komen oleh tokoh politik Jepun yang berkenaan secara terang-terangan mencabar keadilan sejarah dan aspek kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China