China akan berusaha mendorong kerjasama China-India untuk mencapai kemajuan substantif, di samping terus memperkukuh hubungan rakan kerjasama strategik kedua-dua negara demi kedamaian dan kemakmuran. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari India, Manmohan Singh di New Delhi hari ini.
Kedua-dua pemimpin itu bersepakat menjalankan kerjasama dalam projek utama yang melibatkan pembinaan taman perindustrian dan infrastruktur. Kedua-dua pihak mencadangkan bersama pembinaan koridor ekonomi China, India, Myanmar dan Bangladesh serta mengeratkan hubungan pasaran China-India.