Dalam sidang media itu, Li Keqiang berkata, pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan dengan sikap bersahabat dan berterus-terang. Kedua-dua pihak telah mengeluarkan pengumuman bersama yang menggariskan hala tuju kerjasama dalam pelbagai bidang disamping mencapai persepakatan strategik, sekligus mengintensifkan rasa saling mempercayai dari segi stragetik. Kedua-dua pemimpin itu sepakat berpendapat hubungan bilateral yang harmoni akan menjadi contoh baharu hubungan kerjasama di Asia, dan pembangunan bersama China dan India akan berkembang menjadi enjin baharu ekonomi dunia.
Manmohan Singh menyatakan, kerjasama kedua-dua negara bukan sahaja akan mendorong pembangunan kedua-dua pihak bahkan menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran Asia dan dunia.
Sebelum sidang media itu, kedua-dua pemimpin itu telah menghadiri majlis penandatanganan dokumen kerjasama kedua-dua negara yang melibatkan ekonomi, perdagangan, pertanian, kebudayaan, perlindungan alam dan pertukaran lawatan peringkat tempatan.