Sidang Khas Parti Politik Asia 2013 akan diadakan di bandar Xi'an China pada 30 hingga 31 Mei.
Sidang itu bertemakan "Mendorong pembangunan yang hijau dan membina bersama Asia yang indah ". Para peserta akan mengadakan perbincangan mengenai dua topik, iaitu " Negara Asia Mencari Kaedah bagi Mendorong Pembangunan Hijau" dan "Kerjasama Parti Politik Asia untuk Hadapi Cabaran Pembangunan Hijau".
Sidang tersebut yang merupakan aktiviti dalam rangka Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) itu akan disertai lebih 100 wakil daripada lebih 50 parti di negara Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Tengah dan Asia Barat. Selain itu, parti politik dan pertubuhan berkenaan dari Amerika Latin dan Afrika akan menghantar wakil sebagai penasihat sidang itu.








