Perdana Menteri China, Li Keqiang yang sedang melawat ke India mengadakan pertemuan dengan presiden negara itu, Pranab Mukherjee di New Delhi semalam.
Li Keqiang dalam pertemuan itu berkata, China dan India merupakan rakan strategik dan negara tetangga yang baik. Dalam lawatan kali ini, pemimpin kedua-dua negara sepakat berpendapat bahawa hubungan China-India perlu dikendalikan dengan pandangan strategik dan secara menyeluruh. China berhasrat memperdalam hubungan rakan kerjasama strategik dengan India demi kedamaian dan kemakmuran bersama.
Pranab Mukherjee pula menyatakan kesediaannya untuk mengembangkan hubungan rakan kerjasama strategik dengan China ke tahap yang lebih tinggi.