Kerajaan China selamanya mengekalkan konsep menjalankan usaha menyelamat secara komprehensif, mengurangkan bencana secara inisiatif dan menangani risiko bencana, menyenaraikan pengurangan risiko bencana dan mengatasi kesan negatif akibat perubahan iklim ke dalam strategi pembangunan yang mantap kerajaan pusat dan tempatan, mempergiat pembangunan platform pengurangan bencana negara untuk meningkatkan kemampuan China dalam usaha mencegah dan mengurangkan bencana. Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Hal Ehwal Awam China, Jiang Li dalam Sidang Platform Pengurangan Bencana Sejagat Ke-4 di Geneva semalam.
Menurut Jiang, China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk mencegah dan mengurangkan bencana, memperkasa kerjasama dalam bidang pemantauan dan amaran awal terhadap bencana alam, perkongsian maklumat, penyelamatan kecemasan, penyelidikan sains, aplikasi teknologi, latihan kakitangan dan pengurangan bencana di kawasan kediaman penduduk.








