Menteri Pembaharuan Pentadbiran Jepun, Tomomi Inada kelmarin menyatakan bahawa sistem hamba seks adalah sah pada Perang Dunia Kedua. Kenyataan itu segera mendapat kutukan keras Kementerian Luar Republik Korea.
Menurut laporan Agensi Berita Kyodo, ketika menjawab soalan mengenai isu hamba seks dalam sidang media kelmarin, Tomomi Inada berkata bahawa walaunpun sistem hamba seks pada Perang Dunia Kedua adalah hal yang menyedihkan, namun sistem itu memang sah pada masa itu.
Sehubungan perkata itu, Kementerian Luar ROK pada hari yang sama mengeluarkan kutukan yang menganggap kenyataan Tomomi Inada tidak boleh diterima, dan mesti ditarik balik serta-merta. ROK menganggap bahawa ucapan ahli politik Jepun yang "mensahkan kegiatan keganasan yang dilakukan dalam tempoh perang" telah mencabuli maruah wanita dan hak asasi manusia. ROK menggesa pemimpin Jepun mengambil iktibar daripada sejarah pencerobohan imperialisme, tidak lagi mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan yang tidak selaras dengan semangat zaman ini.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Anti Seksaan PBB, Marc Grossman membuktikan bahawa pihaknya telah menuntut kerajaan Jepun memberi penjelasan mengenai isu hamba seks dan merancang mengambil tindakan seterusnya pada minggu akan datang.








