Presiden China, Xi Jinping ditemui Pengerusi Duma Negara Rusia, Sergei Naryshkin di Dewan Rakyat Besar pagi tadi.
Menurut Xi, sokongan antara satu sama lain dalam kepentingan dan isu yang mendapat perhatian bersama merupakan langkah yang mendinamikkan hubungan kedua-dua negara. Hal ini dapat dilihat dalam tiga aspek, iaitu kepentingan berkaitan kedaulatan, keamanan, keutuhan wilayah dan pembangunan. Aspek kedua, ketika mana-mana pihak mengalami bencana dan ketiga, semasa menangani masalah serantau dan antarabangsa. China berharap, sokongan seumpama itu diperkasakan.
Sergei Naryshkin menyampaikan salam dari Presiden Rusia, Vladmir Putin. Menurut beliau, hubungan Rusia dan China berkembang baik. Rusia melihat China sebagai rakan kerjasama yang paling penting dan boleh dipercayai. Pihaknya bersedia memperhebat kerjasama pragmatik dan mempererat penyelarasan dalam pertubuhan pelbagai hala.