Konvoi latihan Armada Laut Utara Tentera Laut China hari ini memasuki kawasan perairan Pasifik Barat melalui Teluk Miyako. Latihan ini merupakan latihan jarak jauh kali kelima bagi tentera laut China pada tahun 2013.
Teluk Miyako yang juga disebut sebagai laluan pelayaran Miyako mempunyai kelebaran 145 batu nautika. Teluk itu merupakan laluan pelayaran antarabangsa yang menghubungkan Pulau Okinawa dengan Pulau Miyako.