Cari:
Presiden Xi Jinping Akan Melawat ke Empat Negara Amerika
2013-05-30 14:55:08 CRI Cetak

Kementerian Luar China mengadakan sidang media di Beijing semalam untuk memaklumkan lawatan Presiden Xi Jinping ke Trinidad dan Tobago, Costa Rica dan Mexico yang bermula esok hingga 6 Jun nanti, serta menghadiri pertemuan kemuncak China-AS pada 7 dan 8 Jun.

Menurut Penolong Menteri Luar China, Zhang Kunsheng, ini merupakan lawatan pertama Presiden Xi ke negara-negara Amerika Latin dan Caribbean. Lawatan ini bermakna penting bagi menggalakkan hubungan China dengan ketiga-tiga negara itu serta meningkatkan kerjasama dengan rantau itu secara menyeluruh. Beliau menyatakan, China berusaha menjalinkan hubungan rakan kerjasama menyeluruh yang saling menguntungkan demi pembangunan bersama dengan negara-negara Amerika Latin dan Caribbean.

Dalam lawatan Presiden Xi kali ini, pertemuan dengan Presiden Obama di Sunnylands,

California menarik tumpuan masyarakat antarabangsa. Ini merupakan pertemuan pemimpin yang pertama bagi kerajaan penggal baharu.

Penolong Menteri Luar China, Zheng Zeguang menyatakan,

"Pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat mengenai isu strategi utama yang menjadi perhatian bersama, memperdalam persefahaman dan saling mempercayai strategik, menggalakkan kerjasama yang pragmatik serta mengeluarkan panduan bagi menjalinkan hubungan negara besar yang baharu antara China dengan AS. Pertemuan kali ini dipercayai akan mendinamikkan hubungan China-AS pada masa depan dan juga memainkan peranan positif bagi mendorong kedamaian, kestabilan dan kemakmuran di rantau Asia-Pasifik bahkan seluruh dunia."

Masyarakat antarabangsa berpendapat, hubungan China-AS berada pada masa yang penting. Pertukaran lawatan dan hubungan antara kedua-dua negara ini kerap kali diadakan pada tahun ini. Pada 14 Mac lalu, Xi Jinping telah menghubungi Obama melalui panggilan telefon atas undangannya. Kedua-dua pihak sekali lagi menegaskan akan berusaha menjalinkan hubungan rakan kerjasama serta hubungan yang baharu antara negara besar. Selepas itu, Setiausaha Negara AS, John Kerry, Setiausaha Perbendaharaan, Jacob Lew dan Pengerusi Ketua Turus Bersama Tentera AS, Martin Dempsey turut melawat ke China.

Bagaimanapun, masih terdapat perselisihan antara China dengan AS pada masa ini. Zheng Zeguang berkata,

"China bersedia bersama-sama AS mengambil tindakan yang bersifat inovatif untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan AS dari perspektif strategi dan jangka panjang, mendorong pertukaran dan kerjasama berdasarkan persepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara bagi menjalinkan hubungan rakan kerjasama yang saling menguntungkan dan saling menghormati, serta hubungan yang baharu antara negara besar dengan AS, yang sekali gus membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara serta seluruh dunia."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China