Presiden China, Xi Jinping menemui rakan sejawatnya dari Trinidad dan Tobago, Anthony Carmona di Pelabuhan Sepanyol semalam.
Menurut Xi, meskipun kedua-dua negara jauh di mata, namun rakyatnya dekat di hati berkat terjalinnya hubungan persahabatan yang mendalam. Sebagai salah satu negara Caribbean yang paling awal menjalin hubungan diplomatik dengan China, Trinidad dan Tobago selalu mendukung China dalam isu yang menyangkut kepentingan negara. China tidak akan melupai undi setuju yang dibuang negara terbabit untuk memulihkan kerusi China dalam PBB.
Carmona berkata pula, pihaknya berharap memperhebat perkongsian dan kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan, tenaga bersih dan pemeliharaan alam sekitar dengan China.
Justeru, pertemuan berkenaan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Xi dan isterinya Peng Liyuan juga bertemu dengan perwakilan pelajar tempatan.