Cari:
China, Caribbean Buka Lembaran Baharu Kerjasama dan Persahabatan
2013-06-03 15:49:29 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping tiba di Trinidad dan Tobago pada 31 Mei lalu untuk memulakan lawatan rasminya yang pertama ke kawasan Caribbean selepas beliau dilantik menjadi presiden. Lawatan ini mencerminkan pucuk pimpinan China yang baharu amat mementingkan kawasan tersebut, dan akan sekali gus mendorong kerjasama dan pertukaran antara kedua-dua pihak dari segenap aspek.

Dalam tempoh lawatan di Trinidad dan Tobago, Presiden Xi juga dijadualkan bertemu dengan pemimpin dari lapan negara lain di kawasan Caribbean untuk membincangkan pendekatan bagi meningkatkan kerjasama bilateral.

Perkembangan hubungan China-Caribbean yang lancar berkait rapat dengan situasi politik dan ekonomi antarabangsa. Sejak tercetusnya krisis kewangan global, negara-ngera Caribbean menyedari bahawa mereka tidak boleh bergantung semata-mata kepada rakan dagang yang sedia ada. Maka mereka lebih memberi perhatian untuk mengembangkan hubungan kerjasama dan persahabatan dengan negara-negara pasaran baru muncul termasuk China. Media tempatan berpendapat, dalam kemerosotan ekonomi dunia, kawasan Caribbean tetap mengekalkan skala pelaburan asing yang besar. Ini tidak dapat dipisahkan daripada kerjasama dengan entiti ekonomi baru muncul seperti China.

Melalui usaha bersama kedua-kedua pihak, kerjasama antara China dengan negara-negara Caribbean sudah memasuki era baharu yang lebih menggalakkan. Kedua-dua pihak mempunyai prospek kerjasama yang luas dalam bidang pertanian, pelancongan, pembinaan infrastruktur dan penerokaan sumber tenaga alternatif. Menurut statistik kastam China, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak meningkat 2.5 kali ganda iaitu daripada USD 2.02 bilion pada tahun 2004 kepada USD 7.16 bilion pada tahun 2010.

Beberapa tahun kebelakangan ini, China telah menyediakan banyak bantuan kepada negara-negara Caribbean. China juga tidak akan lupa akan sokongan negara-negara Caribbean kepada pemulihan kerusi China yang sah di PBB, serta perjuangan negara ini untuk mewujudkan penyatuan semula secara aman. Kedua-dua pihak sudah berkali-kali menegaskan akan meningkatkan kerjasama dalam isu-isu utama antarabangsa termasuk perubahan iklim, dan berusaha bersama-sama ke arah mewujudkan order politik dan ekonomi antarabangsa baharu yang lebih adil dan munasabah.

Meskipun China dan kawasan Caribbean terletak jauh dari satu sama lain, namun potensi dan ruang kerjasama antara kedua-dua pihak amat besar. China berharap dapat mengembangkan hubungan persahabatan yang terbuka, inklusif, bersifat bekerjasama dan menang-menang dengan kawasan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China