China menyokong usaha masyarakat antarabangsa mendorong pemulihan rundingan damai Palestin-Israel demi mewujudkan kedamaian di Asia Barat.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei ketika mengulas lawatan Setiausaha Negara AS, John Kerry ke rantau tersebut.
Menurut beliau, China telah mengundang pemimpin Palestin dan Israel melawat ke China tidak lama dahulu dan mengemukakan empat cadangan penyelesaian masalah Palestin. Utusan khas China bagi isu Asia Barat pula sedang dalam rangka lawatan ke Mesir dan Jordan. China akan terus menyokong pemulihan rundingan damai dan menyumbang kepada penyelesaian masalah Palestin secara menyeluruh, adil dan segera.
Menurut laporan, John Kerry akan melawat Asia Barat pada 13 hingga 15 Jun nanti.