Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, Jose Graziano Da Silva mengarang rencana untuk laman sesawang Agensi Berita Xinhua China. Dalam rencana yang bertajuk "Kejayaan China dalam Membasmi Kemiskian Jadi Teladan Dunia" itu dinyatakan, sumbangan China merupakan tenaga paling utama dalam usaha membanteras kemiskinan dan mengurang kebuluran di dunia.
Menurutnya, jumlah orang yang mengalami kebuluran di China berkurangan sebanyak 100 juta orang dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Kejayaan tersebut hasil tindakan pembaharuan dan peruntukan kerajaan China terhadap pembangunan kawasan luar bandar dan pertanian.
Beliau menganggap bahawa pelbagai negara patut menyuntik kedinamikan baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi bagi mewujudkan matlamat "sifar kebuluran" dan pembangunan lestari. Di samping itu, kerajaan pelbagai negara perlu menggalakkan pembangunan ekonomi pertanian, dan memberikan jaminan kepada golongan lemah. China mempunyai pengalaman yang perlu diteladani oleh pelbagai negara dalam usaha-usaha tersebut.








