Menteri Luar negara-negara Arab mengadakan mesyuarat tergempar mengenai krisis Syria di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah semalam. Pertubuhan tersebut menegaskan saluran politik merupakan satu-satunya kaedah untuk menyelesaikan krisis di Syria. Mesyuarat tersebut juga menyeru penubuhan kerajaan peralihan di negara tersebut.
Dalam mesyuarat yang turut disertai wakil puak pembangkang Syria, para peserta berbincang mengenai perkembangan situasi di Syria dan keadaan persiapan bagi Persidangan Geneva kali kedua.
Dalam kenyataan bersama sidang tersebut, Liga Arab memberikan perhatian terhadap konflik ketenteraan di Syria dan juga menentang sebarang bentuk campur tangan kuasa asing di Syria, khususnya Hizbullah Lubnan.
Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi berkata jika kegiatan keganasan dibiarkan berleluasa, keadaan di Syria akan semakin buruk. Tegasnya, Liga Arab mengekalkan pendirian untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui saluran politik.