Cari:
EU Hulurkan Bantuan Kemanusiaan kepada Pelarian Syria
2013-06-07 15:18:20 CRI Cetak

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso semalam mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah 400 juta Euro untuk pelarian Syria di negara itu serta negara-negara berhampiran. Menurut beliau, bantuan kemanusiaan merupakan tindakan sementara. Pendekatan penyelesaian politik patut dicapai untuk menamatkan konflik di negara itu secara muktamad.

Sebelum itu, EU telah menyediakan bantuan kemanusiaan berjumlah 840 juta Euro kepada Syria.

Dalam perkembangan yang berkaitan, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki semalam mengesahkan, AS telah mendapat laporan penilaian terhadap penggunaan senjata kimia di Syria yang disediakan oleh Perancis dan akan mengadakan kajian yang teliti. Beliau juga mencadangkan maklumat berkenaan dikemukakan kepada PBB bagi tindakan penyiasatan yang menyeluruh.

Menurut kenyataan Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pada 4 Jun lalu, gas sarin digunakan beberapa kali di Syria. Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menjelaskan pihak mana yang menggunakan senjata kimia tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China