Cari:
Pertemuan Kemuncak Pertama Xi dengan Obama
2013-06-08 14:35:37 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di California, AS hari ini.

Xi mengucapkan terima kasih kepada Obama atas undangan untuk bertemu di Estet Annenberg yang dikenali sebagai Sunnylands, yang berdekatan dengan Lautan Pasifik. Beliau berkata pertemuan tersebut untuk merangka cetakan biru perkembangan hubungan kedua-dua negara, bagi melaksanakan kerjasama yang merentasi Pasifik.

Menurut Xi, pada lebih 40 tahun yang lalu, pemimpin China dan AS telah mewujudkan persalaman merentasi Pasifik, sekali gus membuka semula hubungan kedua-dua negara ini. Sejak itu pula, hubungan tersebut berkembang baik dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Presiden Xi berkata, pada masa ini, hubungan China dengan AS berada pada satu titik permulaan yang baharu. Kedua-dua negara patut meningkatkan koordinasi dan kerjasama kerana China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang meluas, baik dari segi usaha membangunkan ekonomi sendiri, mendorong pemulihan ekonomi dunia, mahupun menangani isu serantau dan antarabangsa serta menghadapi cabaran global.

Tegas beliau, dalam situasi dunia yang baharu kini, China dan AS perlu mengkaji semula hubungan yang diperlukan oleh kedua-dua negara ini. Selain itu, kaedah mewujudkan kerjasama yang menang-menang, dan cara kerjasama untuk mendorong keamanan dan pembangunan dunia perlu diberi perhatian. Masalah-masalah tersebut bukan sahaja mendapat perhatian rakyat kedua-dua negara ini, malahan juga mendapat perhatian antarabangsa. China dan AS perlu bersama-sama mendorong pembinaan hubungan antara negara besar yang baharu.

Xi menambah, beliau menanti-nantikan untuk bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Obama tentang pelbagai isu strategik yang penting bagi meningkatkan perfahamanan dan kerjasama yang menyeluruh. Beliau percaya pertemuan kemuncak kali ini akan membuahkan hasil dan dapat menyuntik kedinamikan baharu kepada hubungan China-AS.

Barack Obama mengalu-alukan lawatan Presiden Xi Jinping. Beliau berkata, hubungan antara China dengan AS amat penting bukan sahaja bagi kedua-dua negara ini, malah kawasan Asia Pasifik bahkan seluruh dunia. Pertemuan dengan Presiden Xi ini mencerminkan hasrat AS yang mementingkan hubungan dengan China.

Menurut beliau, perbincangan yang terus terang dan bersifat membina amat penting bagi hubungan kedua-dua negara pada masa depan. Pertemuan kali ini juga memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai bidang bagi membina model kerjasama berdasarkan sikap yang saling menghormati dan saling menguntungkan. China yang aman, stabil dan makmur bermanfaat kepada AS dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China