
Patung itik getah gergasi yang diilhamkan oleh artis Belanda, Florentijn Hofman telah mengakhiri tempoh pamerannya selama lebih sebulan di Hong Kong, China malam semalam. Ramai penduduk tempatan berkumpul di Pelabuhan Victoria untuk menghabiskan saat-saat terakhir dengan replika kesayangan mereka itu.

Hofman berkata, pameran tersebut amat berjaya, dan membolehkan beliau merasai keterujaan rakyat HK terhadap seni awam.

Pameran yang menarik kunjungan berjuta-juta orang ini bukan sahaja mendatangkan kegembiraan kepada rakyat HK, malah turut merangsang perkembangan industri katering dan pelancongan tempatan.








