Kapal angkasa Shenzhou-10 berjaya bercantum secara automatik dengan modul eksperimen, Tiangong-1 pada pukul 1.18 petang tadi.
Ini kali kelima Tiangong-1 berjaya melakukan percantuman dengan kapal angkasa Shenzhou sejak ia dilancarkan pada September 2011.
Menurut jadual, tiga angkasawan yang terlibat, iaitu Nie Haisheng, Zhang Xiaoguang dan angkasawan wanita, Wang Yaping akan memasuki Tiangong-1 untuk menjalankan uji kaji sains angkasa lepas dan ujian teknikal berkenaan.