Forum Perdagangan Asia Timur ke-5 dan Sidang Majlis Perniagaan Asia Timur ke-25 anjuran bersama Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan kerajaan bandar Tianjin telah diadakan baru-baru ini.
Forum yang bertemakan "Integrasi Ekonomi Serantau Bawa Peluang Baharu" telah menarik penyertaan lebih 400 orang pegawai dan usahawan daripada 16 buah negara dan kawasan termasuk 10 buah negara ASEAN, China, Jepun, Republik Korea, Australia, India dan New Zealand.