China akan terus melaksanakan dasar kewangan berhemat di samping meningkatkan pengurusan mudah tunai.
Demikian dinyatakan oleh Bank Rakyat China (PBOC) dalam satu kenyataan yang diterbitkan selepas mesyuarat suku tahunan Suruhanjaya Dasar Kewangannya baru-baru ini.
Bank pusat itu berkata, pada masa ini, ekonomi dan kewangan China beroperasi dengan stabil dan harga barangan terkawal. Namun, China tetap menghadapi beberapa kesukaran dan cabaran berikutan situasi ekonomi sejagat yang masih rumit.
PBOC menegaskan, pihak-pihak yang berkenaan perlu mengikuti rapat perkembangan terkini situasi ekonomi dan kewangan dalam dan luar negara serta peralihan modal antarabangsa, sekali gus meningkatkan kefleksibelan dasar berkenaan.