Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macao, Chui Sai On mengutus kawat tahniah kepada kerajaan pusat atas kejayaan misi Shenzhou-10.
Dalam kawat tersebut, selain mengucapkan tahniah atas kejayaan misi tersebut, beliau juga menyampaikan penghargaan
kepada tiga angkasawan berkenaan dan semua tokoh yang memberi sumbangan kepada pembangunan program aeroangkasa China.
Tambah beliau, kejayaan ini menandakan usaha penerokaan angkasa lepas China memasuki fasa baharu pembinaan stesen angkasa. Kerajaan dan rakyat Macao akan terus menyokong serta bersedia memberi sumbangan sewajarnya kepada usaha penerokaan aeroangkasa negara.