Rundingan enam pihak tetap menjadi mekanisme yang berkesan bagi mewujudkan keadaaan bebas nuklear serta memelihara keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.
Katanya, situasi di Semenanjung Korea menunjukkan tanda-tanda semakin reda akhir-akhir ini. China berharap pihak-pihak yang terlibat mengambil peluang ini untuk memperbaiki hubungan dan meningkatkan kesalingpercayaan melalui rundingan.
Beliau turut menggesa semua pihak yang terbabit kembali ke meja rundingan dengan segera.
Presiden Republik Korea, Park Geun-hye dijadualkan mengadakan lawatan ke China hari ini.