Cari:
Lawatan Park Geun-hye ke China Jadi Tumpuan Media RoK
2013-06-28 13:28:02 CRI Cetak

Presiden Republik Korea (RoK), Park Geun-hye memulakan lawatan rasminya selama empat hari ke China semalam dan mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping. Media RoK memberi tumpuan kepada agenda lawatan Park kali ini, khususnya pertemuan kemuncak tersebut.

Agensi Berita Yonhap semalam menyiarkan laporan kronologi lawatan Presiden Park bermula dari ketika beliau berlepas dari Seoul, tiba di Beijing, pertemuan dengan Presiden Xi, kenyataan Presiden Xi tentang pemulihan segera rundingan enam pihak, hasrat Park untuk memperkukuh hubungan rakan strategik dengan China dan lain-lain.

Akhbar Chosun Ilbo melaporkan, ekonomi menjadi topik yang sama penting dengan isu nuklear Semenanjung Korea dalam rangka lawatan Park kali ini. Pertemuan kemuncak itu diharap dapat mendorong rundingan perdagangan bebas antara kedua-dua negara yang kini masih menghadapi halangan.

Akhbar Dong-a Ilbo pula memberi tumpuan kepada ucapan Presiden Park di institusi pengajian tinggi di China yang semua kandungan disampaikan dalam bahasa Mandarin atau sebahagian sahaja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China