
Pertandingan bola keranjang amal antara pasukan negara China dengan pasukan bintang NBA, AS diadakan di Beijing pada 1 Julai. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Tabung Amal Yao yang dinaungi oleh mantan pemain bola keranjang China, Yao Ming.

Salah satu keistimewaan pertandingan itu, adalah penyertaan pusingan kedua oleh pelajar-pelajar sekolah rendah harapan.

Pasukan bintang NBA memenangi pertandingan itu dengan mata 61-58.








