Satu mesyuarat khas yang bertemakan "Memperluaskan Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan" diadakan di Washington pada 10 Julai waktu tempatan sempena dialog ekonomi di bawah rangka Dialog Strategik dan Ekonomi (S&ED) China-AS pusingan kelima.
Mesyuarat itu untuk melaksanakan konsensus yang dicapai dalam pertemuan pemimpin China dan AS sebelum ini dari segi ekonomi dan perdagangan, serta mengekalkan momentum pembangunan hubungan ekonomi kedua-dua negara.
Pihak China menyatakan, kini, China dan AS sedang menggalakkan pengubahsuaian struktur ekonomi, dan mentransformasikan kaedah pembangunan ekonomi. Usaha meluaskan perdagangan bilateral membawa lebih banyak peluang daripada cabaran. Timbulnya perselisihan dalam proses kerjasama itu adalah perkara biasa. Kedua-dua pihak patut menghormati perkara yang menjadi perhatian bersama, meluaskan kepentingan bersama dan tidak boleh membesar-besarkan perselisihan.
China dan AS perlu menyelesaikan perselisihan dengan visi terbuka, menentang fahaman perlindungan perdagangan dan mengelakkan isu-isu ekonomi dan perdagangan dipolitikkan.