Cari:
Tiket Tenis Terbuka China 2013 Mula Dijual
2013-07-16 17:49:55 CRI Cetak

Tiket Kejohanan Tenis Terbuka China 2013 mulai dijual di Beijing hari ini.

Menurut pihak penganjur, harga tiket tahun ini diturunkan sebanyak 20% berbanding tahun sebelum ini. Bermula hari ini, para peminat boleh menempah tiket melalui laman sesawang rasmi China dan menghubungi talian penting.

Kejohanan Tenis Terbuka China akan diadakan pada 22 September hingga 6 Oktober. Pemain tenis No.1 dunia, Novak Djokovic dan johan Terbuka Perancis sebanyak lapan kali, Rafael Nadal turut beraksi dalam pertandingan tersebut. Selain itu, pemain terkenal China, Li Na dan tiga atlet wanita terkemuka di dunia, iaitu Serena Williams, Maria Sharapova dan Victoria Azarenka juga akan menyertai kejohanan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China