Saudara setanah air dari Taiwan menyertai apa jua aktiviti pertubuhan antarabangsa, termasuk ICAO merupakan urusan orang China sendiri. China menentang keras campur tangan mana-mana kerajaan, pertubuhan dan individu dari luar negara dalam urusan ini.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam ketika mengulas perkara tentang Presiden AS, Barack Obama menandatangani rang undang-undang yang menyokong Taiwan menyertai aktiviti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) baru-baru ini.
Hua Chunying menyatakan bahawa rang undang-undang AS tersebut melanggar dasar "satu China" serta prinsip tiga pengumuman bersama antara China dengan AS.