Cari:
"Pertikaian Diketepikan" bagi Kawal Situasi Pulau Diaoyu
2013-08-05 12:19:36 CRI Cetak

China dan Jepun pernah mencapai persetujuan untuk mengetepikan pertikaian tentang isu Pulau Diaoyu kerana ini satu-satunya kaedah untuk mengawal situasi pulau itu.

Mantan Naib Ketua Setiausaha Kementerian Luar Jepun, Kuriyama Sanchi menyatakan demikian ketika diwawancara oleh Berita Tokyo semalam.

Menurut beliau, pada 27 September tahun 1972, Perdana Menteri Jepun, Kakuei Tanaka ketika mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri China, Zhou Enlai di Beijing mengakui "kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan tentang mengetepikan pertikaian."

Tambah beliau, mengetepikan pertikaian merupakan satu-satunya cara untuk mengawal situasi pulau Diaoyu. Yang penting bagi Jepun adalah mencegah pertikaian berkenaan diburukkan menjadi konflik bersenjata dan ini pasti akan menjejaskan hubungan Jepun-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China