Cari:
Kerajaan Afghanistan Ucapkan Takziah Kepada Ahli Keluarga Mangsa China
2013-08-12 15:52:48 CRI Cetak

Kerajaan Afghanistan semalam mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dalam insiden pembunuhan pada 8 Ogos lalu dan komited akan berusaha sedaya-upaya untuk menyiasati kes tersebut serta menjamin keselamatan warga China di negara itu.

Kedutaaan Besar China di Afghanistan mengesahkan, 3 orang warga China terbunuh dan seorang lagi hilang dalam tragedi tersebut. Seorang warga China lain yang diculik telah berjaya menyelamatkan diri dan kini diperlindungi oleh Kedutaan Besar China.

Kedutaan Besar China ke Afghanistan telah menggesa Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Luar serta Ibu Pejabat Keselamatan Kebangsaan Afghanistan untuk menyiasat kes tersebut, menangkap pembunuh, mencari warga China yang hilang, di samping mengambil langkah-langkah yang berkesan demi menjamin keselamatan institusi dan warga China di Afghanistan.

Lihat juga
berita lain
v Seorang Warga China Selamat 2013-08-10 16:53:32
v Tiga Warga China Terbunuh di Afghanistan 2013-08-10 14:45:38
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China