Cari:
Jepun Mahu Galakkan Perkembangan Hubungan Persahabatan Jepun-China
2013-08-13 16:14:17 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar Jepun, Kuni Sato semalam menyatakan bahawa Jepun bersedia mendorong perkembangan hubungan Jepun-China.

Dalam ucapannya berhubung ulang tahun ke-35 penandatanganan Perjanjian Keamanan dan Persahabatan Sino-Jepun, Kuni Sato berkata, hubungan China-Jepun antara hubungan yang amat penting bagi kedua-dua pihak, mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara berasaskan prinsip dan semangat dari empat dokumen utama termasuk Perjanjian Keamanan dan Persahabatan Sino-Jepun selaras dengan kepentingan Jepun dan China serta kawasan serantau dan seluruh dunia.

Tambahan beliau, Jepun dan China merupakan negara jiran dan tentu mempunyai masalah dalam hubungan bilateral. Kedua-dua negara perlu berusaha untuk mengelakkan masalah tersebut menjejaskan hubungan dua hala secara menyeluruh dan terus memperkukuh hubungan Jepun-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China