Cari:
Masyarakat Antarabangsa Kecam Keras Anggota Kabinet Jepun Ziarahi Yasukuni Jinja
2013-08-16 16:48:44 CRI Cetak

Tindakan anggota kabinet Jepun menziarahi Yasukuni Jinja yang mengeramatkan banduan perang peringkat A dalam Perang Dunia II semalam mendapat kecaman keras dari masyarakat antarabangsa. Media antarabangsa berpendapat, tindakan Jepun tersebut merupakan provokasi terbuka terhadap negara jiran di Asia dan melukakan perasaan rakyat semua negara yang pernah dicerobohi oleh tentera Jepun.

Menurut laporan BBC, Yasukuni Jinja mewakili militerisme Jepun pada masa dulu. Maka tindakan menziarahi Yasukuni Jinja membuktikan Jepun tetap menafikan jenayah pencerobohannya terhadap negara jiran termasuk China dan Republik Korea.

Menurut Junge Welt Jerman, sikap kabinet Abe tentang hamba seks mencetuskan ketidakpuasan keras di Jerman bahkan seluruh dunia, kerajaan Abe digesa memohon maaf dan memberi pampasan kepada wanita yang pernah mengalami penderitaan.

Agensi Berita Xinhua China mengeluarkan artikel yang menyatakan, masyarakat antarabangsa perlu bersatupadu untuk membendung kegiatan berhaluan kanan Jepun. Pegawai kerajaan Abe dan anggota politik sayap kanan Jepun menziarahi Yasukuni Jinja pada Hari Penyerahan Kalah Jepun memperlihatkan kecenderungan bahaya negara itu yang menafikan fakta sejarah dan mengagungkan jenayah pencerobohan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China