Atlet Vietnam, Nguyen Tran Anh Tuan yang berusia 15 tahun memenangi pingat perak dalam acara angkat berat katagori 56 kilogram Sukan Asia Belia ke-2 yang sedang berlangsung di Nanjing China malam semalam.
Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Nguyen Tran Anh Tuan menyatakan rasa yang amat gembira dan berazam akan terus berusaha untuk memenangi pingat emas pada masa depan. Beliau juga memuji perkhidmatan dalam sukan kali ini amat baik dan memuaskan, semua pekerja amat mesra kepada mereka.